Khamis, 13 Oktober 2011

REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH

Sebagai seorang muslim yang sejati,kita wajib menanamkan rasa keredhan kita kepada Allah dalam apa jua cubaan,dugaaan dan kesusahaan yang kta terima.
Sifat redha ialah:
1)Redha adalah daripada sitat makrifah dan mahababah kepada Allah swt.
2)Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang apa yang diberikan olih Allah saw baik berupa peraturan(hukum)mahupun qada, atau sesuatu ketentuan daripada Allah saw.
3)Redha terhadap Allah swt terbahagi kepada dua:
Redha menerima peraturan(hukum)Allah swt yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima ketentuan Allah swt tentang nasib yang mengenai diri.

Rabu, 10 Ogos 2011

HARI KHAMIS

Allah berfirman yang bermaksud:"Demi sesungguhnya Allah membenarkan Rasulnya dengan mimpi-mimpi yang benar".
Diriyawatkan daripada Anas r.a ia berkata:"Seseorang sahabat bertanya kepada Rasullulah saw tentang hari Khamis".Maka jawab nabi saw."Hari khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekelian hajat."
Tanya sahabat pula:"Mengapa dikatakan demikian Ya Rasullulah?"
Jawab baginda nabi."Kerana nabi Ibrahim Kholilullah as,pergi ke istana raja mesir,maka raja mesir menunaikan hajatnya dengan mengembalikan isterinya bernama Siti Sarah"
Arbab berkata".Terdapat tujuh kisah daripada kisah nabi-nabi dan aulia yang tertunai hajat mereka pada hari khamis,ia-itu:
1.Hajat nabi Ibrahim Kholilullah ditunaikan olih raja Mesir,dan diberikannya seorang perempuan benama Siti Hajar.
2.Pemerah khamar raja mesir,dibebaskan dari pehjara,kemudian kembali berkerja sebagai pemerah khamar untuk raja,sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:"Ada pun salah seorang daripada kamu berdua akan memberi tuannya minum dengan khamar".
3.Saudara-saudara nabi Yusof,datang mengadap nabi Yusof,maka mereka mendapat kenikmatan,sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud."Dan saudara-suadaranya datang ke Mesir,lalu mereka masuk kepadanya,maka Yusof mengenal mereka sedang kan mereka tidak kenal lagi kepadanya'
4.Bunyamin pergi ke Mesir,maka bertemu dengan saudaranya iaitu nabi Yusof,maka Yusof membawa saudaranya(Bunyamin)
5.Nabi yaakub masuk ke negeri mesir,maka ia mendapat keamanan,sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Masuklah kamu kenegeri mesir,InsyaAllah kamu mendapat keamanan".
6.Nabi Musa masuk ke negeri mesir,maka ia bertemu suku Qibti,sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Dan masuk lah kedalam kota ketika penduduknya lalai,maka ia menjumpai padanya dua orang yang saling berbunuh-bunuhan".
7.Nabi Muhammad masuk kekota Mekah,maka beliau mendapat kemenangan dan pertolongan sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Demi sesungguhnya Allah membenarkan rasulNya dengan mimpi-mimpi yang benar".

Petikan buku:RAHSIA DISEBALIK 7 HARI


.

Sabtu, 6 Ogos 2011

SEGALA SESUATU DICIPTAKAN DENGAN HIKMAH

    Allah menciptakan langit dan bumi berserta isinya, semuanya tentu mengandungi hikmat yang agung dan tidak ada satu pun yang sia-sia.

    Allah swt berfirman yang ertinya: "Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah (hanya sia-sia sahaja). Yang demikian itu anggapan orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka... " (Ash-Shood: 27). Termasuk tatkala Allah memberikan manafaat (kebaikan) atau suatu mudarat pada seseorang, tentunya perkara juga mengandungi hikmah yang agung di dalamnya.

    Untuk itu kita harus selalu berhusnuzon (bersangk-baik) terhadap segala sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada hambanya agar kita masuk orang-orang yang beruntung.  



Rahsia Di Sebalik Musibah

 Tidaklah Allah menimpakan suatu musibah kepada pada hambanya yang mukmin kecuali untuk tiga perkara:

1. Mengangkat darjat orang yang ditimpa musibah, kerana kesabarannya yang telah Allah tetapkan.
2. Sebagai cubaan hidup bagi dirinya.
3. Sebagai pelebur dosa atas dosanya yang telah lalu.


Rujukan: Kenapa Hidup Kita Susah?

Jumaat, 29 Julai 2011

Hikmat Tuhan merahsiakan alam ghaib

   Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan perkara akhirat dan sesuatu yang berhubungan dengannya sebagai suatu hal yang ghaib,dan Dia menghijabkannya dari pengetahuan orang-orang yang mukallaf didalam dunia ini,adalah dari kesempurnaan kebijaksanaanNya.supaya berbeza orang-orang yang beriman dengan ghaib dari yang lain-lain nya.pertama-tama dari hal ghaib itu,iaitu para malaikat akan turun ke atas orang yang sarakat,lalu duduk berdekatan dengannya.Orang ini akan dapat melihat para malaikat dengan penglihatannya,dan mereka berbicara dihadapannya.Sedang didalam tangannya ada kain kapan dan pacai yang dibawa sama ada dari syurga atau neraka.Para malaikat juga akan mengaminkan doa orang-orang disisi mayit itu.sama ada yang baik atau buruk.Ada kalanya para malaikat itu memberi salam kepada orang yang sarakat itu.Ia akan menjawab salam mereka,samaada mengucapkan jawapannya,atau dengan isyarat.atau dengan hati apabila ia tidak dapat menjawab dengan lisan.atau dengan isyarat.petikan dari buku ROH karangan Ibnul qayyim terjemahan Syed Ahmad Semail.

Sabtu, 25 Jun 2011

mengapa manusia selalu lupa akan maksud dan tujuan hidup di muka bumi ini?
kerap kali kita mendengar dan terbaca didada akhbar akan permasalahah manusia mencari jalan penyelesaian  yang salah dalam realiti kehidupan.

Rabu, 4 Mei 2011

MEMORI HIDUP YANG LAMPAU

       Dalam hidup ini kita sering tidak menyangka mengapa kita ditakdirkan jadi begini.
walaupun kita berusaha untuk menjadi insan yang taat dan patuh pada perintah Mu ,namun pasti ada sahaja rintangan dan halangan.Aku sering bertanya dalam diri ini adakah ini suatu ujian atau sebaliknya.Dulu aku sendirian ,hidup bersama keluarga dan ibubapa yang tercinta.Kini ayah ku telah tiada,tinggal lah ibuku sahaja.
       Mengapa kejadian terdahulu tidak dapat mengajar kita tentang keinsafan.mengapa orang yang paling hampir dalam hidup kita sering mengecewakan harapan kita?.Aku sendiri masih tidak dapat mencari kepastian jawapannya.Usia telah meningkat satengah abad,kekadang apa yang kita impikan terjadi sebaliknya.Aku hanya beserah pada Mu Ya Allah agar memelihara iman dan semangat ini untuk terus hidupseta mendapat keredhaan dari Mu.