Allah berfirman yang bermaksud:"Demi sesungguhnya Allah membenarkan Rasulnya dengan mimpi-mimpi yang benar".
Diriyawatkan daripada Anas r.a ia berkata:"Seseorang sahabat bertanya kepada Rasullulah saw tentang hari Khamis".Maka jawab nabi saw."Hari khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekelian hajat."
Tanya sahabat pula:"Mengapa dikatakan demikian Ya Rasullulah?"
Jawab baginda nabi."Kerana nabi Ibrahim Kholilullah as,pergi ke istana raja mesir,maka raja mesir menunaikan hajatnya dengan mengembalikan isterinya bernama Siti Sarah"
Arbab berkata".Terdapat tujuh kisah daripada kisah nabi-nabi dan aulia yang tertunai hajat mereka pada hari khamis,ia-itu:
1.Hajat nabi Ibrahim Kholilullah ditunaikan olih raja Mesir,dan diberikannya seorang perempuan benama Siti Hajar.
2.Pemerah khamar raja mesir,dibebaskan dari pehjara,kemudian kembali berkerja sebagai pemerah khamar untuk raja,sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:"Ada pun salah seorang daripada kamu berdua akan memberi tuannya minum dengan khamar".
3.Saudara-saudara nabi Yusof,datang mengadap nabi Yusof,maka mereka mendapat kenikmatan,sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud."Dan saudara-suadaranya datang ke Mesir,lalu mereka masuk kepadanya,maka Yusof mengenal mereka sedang kan mereka tidak kenal lagi kepadanya'
4.Bunyamin pergi ke Mesir,maka bertemu dengan saudaranya iaitu nabi Yusof,maka Yusof membawa saudaranya(Bunyamin)
5.Nabi yaakub masuk ke negeri mesir,maka ia mendapat keamanan,sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Masuklah kamu kenegeri mesir,InsyaAllah kamu mendapat keamanan".
6.Nabi Musa masuk ke negeri mesir,maka ia bertemu suku Qibti,sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Dan masuk lah kedalam kota ketika penduduknya lalai,maka ia menjumpai padanya dua orang yang saling berbunuh-bunuhan".
7.Nabi Muhammad masuk kekota Mekah,maka beliau mendapat kemenangan dan pertolongan sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Demi sesungguhnya Allah membenarkan rasulNya dengan mimpi-mimpi yang benar".
Petikan buku:RAHSIA DISEBALIK 7 HARI
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan