Abu-Laits Assamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dari anas bin Malik r.a.berkata.
Orang-orang fakir mengutus utusan mereka kpd Rasulullah s.a.w maka berkata.Ya Rasulullah
saya utusan org-org fakir kpd mu, Jawab Nabi s.a.w.Selamat dtg kpd mu dan kpd org-org yg mengutus mu,engkau dtg dr org-org yg dicinta olih Allah.Utusan itu berkata:Ya Rasulullah org-org miskin berkata:Bahawa org-org kaya tlh memborong semua kebaikkan,mereka berhaji dan kami tidak dapat,dan mereka bersedekah dan kami tidak dapat,dan jika mereka sakit mereka mengirim wang utk tabungan mereka.Rasulullah s.a.w. bersabda:Sampaikan kpd org-org fakir drp ku:Bahawa siapa yg sabar dr kamu akan mengharap pahala dr Allah.Maka ia mendapat 3 macam yg tidak bolih didapati olih org-org kaya-raya.
1.Didalam syurga ada kamar dr yakut yg merah,org-org syurga melihat itu sama dgn org dunia jika melihat bintang di langit,tidak dpt masuk kesitu kecuali Nabi yg fakir atau org yg mati syahid yg fakir atau seorg mukmin yg fakir.
2.Org fakir akan masuk syurga sebelum org kaya sekadar setengah hari ia-itu sekira 5 ratus thn,mereka bersuka-suka dgn bebas leluasa,dan nabi Sulaiman bin Daud a.s.akan masuk sesudah nabi-nabi yg lain nya sekira 40 thn disebabkan kerajaan yg diberikan Allah kpdnya.
3.Jika seorg fakir membaca:Subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illalah wallahu akbar dgn tulus ikhlas,dan org kaya membaca itu,maka org kaya itu tidak dpt mengejar org fakir meski pun di tambah dgn sedakah 10 ribu dirham.Demikian dgn amal yg lain nya.Maka kembalilah utusan itu memberitahu org-org fakir apa yg di sabdakan Nabi s.a.w.itu kpd mereka.Maka mereka berkata:Kami redha ya Tuhan,kami puas ya Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan