Rabu, 10 Ogos 2011

HARI KHAMIS

Allah berfirman yang bermaksud:"Demi sesungguhnya Allah membenarkan Rasulnya dengan mimpi-mimpi yang benar".
Diriyawatkan daripada Anas r.a ia berkata:"Seseorang sahabat bertanya kepada Rasullulah saw tentang hari Khamis".Maka jawab nabi saw."Hari khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekelian hajat."
Tanya sahabat pula:"Mengapa dikatakan demikian Ya Rasullulah?"
Jawab baginda nabi."Kerana nabi Ibrahim Kholilullah as,pergi ke istana raja mesir,maka raja mesir menunaikan hajatnya dengan mengembalikan isterinya bernama Siti Sarah"
Arbab berkata".Terdapat tujuh kisah daripada kisah nabi-nabi dan aulia yang tertunai hajat mereka pada hari khamis,ia-itu:
1.Hajat nabi Ibrahim Kholilullah ditunaikan olih raja Mesir,dan diberikannya seorang perempuan benama Siti Hajar.
2.Pemerah khamar raja mesir,dibebaskan dari pehjara,kemudian kembali berkerja sebagai pemerah khamar untuk raja,sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud:"Ada pun salah seorang daripada kamu berdua akan memberi tuannya minum dengan khamar".
3.Saudara-saudara nabi Yusof,datang mengadap nabi Yusof,maka mereka mendapat kenikmatan,sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud."Dan saudara-suadaranya datang ke Mesir,lalu mereka masuk kepadanya,maka Yusof mengenal mereka sedang kan mereka tidak kenal lagi kepadanya'
4.Bunyamin pergi ke Mesir,maka bertemu dengan saudaranya iaitu nabi Yusof,maka Yusof membawa saudaranya(Bunyamin)
5.Nabi yaakub masuk ke negeri mesir,maka ia mendapat keamanan,sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Masuklah kamu kenegeri mesir,InsyaAllah kamu mendapat keamanan".
6.Nabi Musa masuk ke negeri mesir,maka ia bertemu suku Qibti,sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Dan masuk lah kedalam kota ketika penduduknya lalai,maka ia menjumpai padanya dua orang yang saling berbunuh-bunuhan".
7.Nabi Muhammad masuk kekota Mekah,maka beliau mendapat kemenangan dan pertolongan sebagai mana Allah berfirman yang bermaksud:"Demi sesungguhnya Allah membenarkan rasulNya dengan mimpi-mimpi yang benar".

Petikan buku:RAHSIA DISEBALIK 7 HARI


.

Sabtu, 6 Ogos 2011

SEGALA SESUATU DICIPTAKAN DENGAN HIKMAH

    Allah menciptakan langit dan bumi berserta isinya, semuanya tentu mengandungi hikmat yang agung dan tidak ada satu pun yang sia-sia.

    Allah swt berfirman yang ertinya: "Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa hikmah (hanya sia-sia sahaja). Yang demikian itu anggapan orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka... " (Ash-Shood: 27). Termasuk tatkala Allah memberikan manafaat (kebaikan) atau suatu mudarat pada seseorang, tentunya perkara juga mengandungi hikmah yang agung di dalamnya.

    Untuk itu kita harus selalu berhusnuzon (bersangk-baik) terhadap segala sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada hambanya agar kita masuk orang-orang yang beruntung.  



Rahsia Di Sebalik Musibah

 Tidaklah Allah menimpakan suatu musibah kepada pada hambanya yang mukmin kecuali untuk tiga perkara:

1. Mengangkat darjat orang yang ditimpa musibah, kerana kesabarannya yang telah Allah tetapkan.
2. Sebagai cubaan hidup bagi dirinya.
3. Sebagai pelebur dosa atas dosanya yang telah lalu.


Rujukan: Kenapa Hidup Kita Susah?